AL Fatihah untuk Arwah Abam..
Diam tak diam sudah masuk hari ke 6 arwah Abam meninggalkan kita.. apa kebaikannya ..apa jasanya kepada masyarakat ..terutama anak yatim, orang perseorangan ..yang selama ini tidak kita ketahui akhirnya terbongkar setelah dia pergi meninggalkan kita selamanya.. Selama ini mungkin golongan artis seperti pelawak di pandang sepi oleh masyarakat.. yang rata rata menganggap golongan ini hidup dalam hipokrit.. ilmu agama kurang ... Dan sebagainya.. tanpa kita sangka pemergian arwah Abam telah mengubah semua persepsi masyarakat.. kemuliaan .. aura kehidupannya yang lampau menjadi rujukan para netizen UTK di jadikan pedoman dalam diri..
Rata rata mendoakan arwah sejahtera di alam baqa.. setiap hari ada sahaja berita kebaikkan nya yang di siarkan melalui media massa ... Malah di hari pemakamannya juga masyarakat masih setia menanti sehingga beliau selesaikan di makamkan.. solat jenazahnya penuh .. tanda kebesaran Allah memuliakan insan yang menggembirakan hati ramai insan di Malaysia khasnya.. siapakah Abam .. apakah kelebihan amalnya.. kenapa Allah memuliakan kematiannya.. begitu indah sekali..
Secara tidak kita sedari kehilangan arwah Abam banyak menyedarkan ramai hati hati yang keras.. supaya ingat akan Allah.. tidak lalai dalam kehidupan.. semoga Allah lembutkan hati ini.. jiwa ini .. menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan terpilih seperti arwah Abam ketika temu janji ku dengan sang pencipta.. Aamiin..
Hidup insya Allah
Mati itu pasti..
No comments:
Post a Comment