Monday, 2 March 2020

JATUHNYA KERAJAAN PH SETENGAH PENGGAL...

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.. ku sangka PH memerintah ke akhir penggal rupanya hancur di tengah jalan..

            Kejatuhan kerajaan PH yang naik dari ulah pembohongan dan fitnah akhirnya tumpas setelah memerintah selama 21 bulan. Kehancuran yang di bawa dalam 21 bulan itu lebih menjurus kepada khazanah negara yang rata rata di miliki oleh orang Islam berbangsa melayu..Sepanjang menjadi tuan mereka sewenangnya menjarah harta negara.. dengan alasan hutang negara bertambah akibat pemerintahan kerajaan lalu.. sedang kan apa yang kita tahu adalah dalam 21 bulan itu kerajaan PH membuat hutang berbillion billion ..Harta negara di jual utk bayar hutang tapi hutang mana yang di bayar..
        Ekonomi dan mata wang negara merundum.. harga makanan dan sara hidup makin tinggi. Kegagalan kerajaan PH telah menyebabkan rakyat marah dan ianya punca KEJATUHAN REGIM DI BAWAH DAP DAN BONEKANYA MAHATHIR. Sepanjang memerintah segala janji melalui manifesto nya kebanyakkan nya tidak di tunaikan. Malahan ada yang di mungkiri.
Malas nak tungkai lebih lanjut lagi cuma nak sampaikan pesan pada mantan menteri PH, sila duduk di kerusi kiri di dewan rakyat serta jangan suka ponteng  dari  tugas. Kalau penghawa dingin sejuk, tutup jer lah. Anda semua bekas pembangkang yang dulunya lantang mengkritik kerajaan bila dah jadi kerajaan anda semua gagal dalam menjalankan amanah yang di berikan oleh rakyat. Ini lah balasannya. 
    UNDI MN DI PRU15 JADI PILIHAN